Jul 7, 2013

Posted by jinson on 7:05 AM No comments
Selamat malam semua.

Sebelum bersedia untuk ke tempat kerja esok, saja je tangan ni gatal nak berkongsi sesuatu dengan kawan-kawan.

Sekarang ni, seperti yang kawan-kawan sedia maklum, saya seorang mama kepada hero-hero comel saya, Ahmad Hazeem Naufal dan Ahmad Hareez Iman. dan saya juga seorang wiffy kepada Mr. Right saya, Mohd Karim Hassan.
Keluarga ni lah merupakan push factor saya dalam kehidupan..

Sejak Allah swt memberikan saya harta-harta saya yang tidak ternilai, setiap hari saya mempelajari sesuatu yang baru ataupun saya dah tahu tapi saya perlu memampatkan lagi ilmu-ilmu saya dalam bidang itu supaya menjadi lebih jitu. Alhamdulillah, atas kurniaanNya, yang selalu mengingatkan ku bahawa betapa kerdilnya diriku, aku menjadi betambah matang dan masih memperbaiki diri dalam semua jurus-jurus kehidupan.

Memang bukan mudah, tapi diriku tetap memanjatkan rasa kesyukuran yang tidak terhingga kepadaNya atas peluang yang diberikan. InsyaAllah, diriku tidak sekali-kali berfikir untuk mensia-siakan peluang yang diberikan.

Oleh itu, saya akan berusaha dalam semua bidang yang telah dibukakan peluang olehNya kerana sesungguhnya diriku tahu dan sememangnya sedar bahawa peluang yang diberikan adalah untuk mengajar diriku menghargai setiap peluang yang ada. InsyaAllah.

Always keep in my mind..
whenever I already took my first step..
"Don't give up, push harder, and Keep Moving On..!!"
InsyaAllah.

Salam ikhlas dan rendah diri buat teman-teman sekalian..
Mama Azy

0 comment(s):

Post a Comment